Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Ummi Nazeera Tamat Pengajian Di Royal Melbourne Institute of Technology

Jutaan tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di Royal Melbourne Institu of Technology (RMIT). Berita gembira ini telah dikongsi oleh Ummi menerusi akaun Instagramnya. Ini juga adalah kali pertama Ummi berkongsi gambarnya memakai tudung untuk tatapan para peminatnya.

ummi nazeera grad

Kalau sebelum ini hanya tiada kepastian mengenai penghijrahan Ummi Nazeera, dengan perkongsian gambar ini ternyata ia adalah benar. Tahniah diucapkan atas �graduation� dan juga penghijrahan anda. Di dalam salah satu gambar Instagramnya, Ummi Nazeera menulis:-
Alhamdulillah thanks to my parents for having me. Thanks to mama for raising me. Thanks to abang for taking care of me. Thanks to my friends for strengthening me. Most importantly, All praises be to Allah for inspiring me.
ummi nazeera grad

Pasti ahli keluarga, peminat dan mereka yang terlibat di dalam industri hiburan tidak sabar untuk menanti kepulangan Ummi ke Malaysia. Buat masa ini, tidak diketahui apakah perancangan yang telah diatur olehnya. Sama-samalah kita nantikan. Apa pun sekali lagi tahniah diucapkan atas kejayaannya membawa pulang segulung ijazah.

Emma Maembong Bertudung, Serius Comel!!!

Milik siapakah gadis ini�. Ingin aku mencurahkan kasih�.� Kalau dengar lagu ini sambil menatap wajah comel Emma Maembong bertudung, memang boleh bikin jatuh cinta. Serius comel sangat-sangat. Memang beruntung sungguh Zizan Razak sekiranya ditakdirkan Emma menjadi isterinya. Mana nak cari bini yang comel macam ini weii ~~

emma maembong

Emma semenjak dua ini memang sering berkongsi gambarnya bertudung. Sama-samala kita doakan agar dalam masa terdekat ini hati Emma terbuka untuk bertudung buat selama-lamanya.

emma maembong

Bulu mata Emma Maembong tue memang boleh mencantikkan lagi wajahnya. Panjang kot. Lagi beberapa gambar Emma Maembong manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Emma Maembong.


emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong
emma maembong

Majlis Perkahwinan Farawahida & Abdul Shukor Daripada Bicara Lensa

Fuh~~ Kacak juga suami Farawahida ini. Sekali pandang nampak macam artis pulak. Kedua-dua mempelai memang sama cantik sama padan. Daripada renungan mata Abdul Shukor, dapat rasakan betapa dirinya bersyukur dan gembira dapat menjadi suami kepada Farawahida. Senyuman memang tak lekang daripada mulut. Hehe.

gambar farawahida kahwin

Kalau sebelum ini Farawahida sengaja menyorokkan wajah bakal suaminya, kini semua orang sudah dapat melihat wajah si jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Semoga pasangan pengantin baru ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Banyak dugaan dan pancaroba yang sudah ditempuhi terutamanya oleh Farawahida sebelum bergelar isteri. Anggaplah ia asam garam kehidupan.

gambar farawahida kahwin

Lagi 17 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Farawahida dan Abdul Shukor dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook BicaraLensa.

gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin
gambar farawahida kahwin

(TAKZIAH)Dira Abu Zahar Keguguran

Ah, pasti Dira Abu Zahar sedang bersedih atas keguguran yang dialami selepas hamil 6 minggu. Sememangnya awal kehamilan adalah waktu yang paling kritikal. Daripada apa yang dibaca, ibu mengandung sememangnya tidak digalakkan melakukan kerja berat pada 3 bulan yang pertama untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

dira abu zahar gugur

Akibat kesibukan menjalani penggambaran, Dira tidak menyedari yang dirinya hamil. Terang Dira kepada Kosmo:-
Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku.
Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya.
Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini
dira dan suami

Dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? Di masa hadapan Dira perlu lebih behati-hati dan peka dengan perubahan pada badannya. Kalau agak-agak lambat datang haid, terus buat pemeriksaan yang sepatutnya. Apa pun, takziah buat Dira dan suami. Lepas ini cuba lagi!!!

Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak � Rita Rudaini

Bab ini memang sokong Rita Rudaini. Selaku seorang ayah, memang terkedu juga dengan jumlah perbelanjaan yang ditelan untuk membesarkan anak. Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.

anak rita rudaini

Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-
Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.
Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya� orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?
Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya
anak rita rudaini

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Rasanya Rita tidak akan minta nafkah yang melampau sekiranya bekas suaminya tidak mampu untuk menunaikannya. Lagipun memang tanggungjawab seorang ayah untuk menyediakan perbelanjaan anak-anaknya. Kalau betul tak mampu, Aidil harus duduk berbincang dengan bekas isterinya kerana ini melibatkan masa depan anak-anaknya juga.

Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Itali

Amboi, amboi, amboi. Berseri-seri wajah pengantin baru si Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini. Rupa-rupanya mereka berdua sekarang sedang berbulan madu di Rome, Itali. Memang satu tempat yang romantik dan sesuai untuk bermadu kasih buat pasangan baru berkahwin. Seronok melihat kegembiraan di wajah mereka.

gambar bulan madu rozita che wan

Cute kan mereka berdua? Pasti seronok berjalan-jalan di Itali dengan cuaca yang sejuk. Semoga dengan percutian bulan madu ini, hubungan mereka berdua akan lebih mesra dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Che Ta dan Zain turut berkongsi gambar mereka bertemu dengan pereka baju pengantin, Man Kajang.

gambar bulan madu rozita che wan

Senyuman yang terukir di wajah Zain dan Che Ta jelas menggambarkan kebahagiaan satu perkahwinan. Hanya orang yang dah berkahwin sahaja yang dapat merasakannya. Nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat. Hehehe.

gambar bulan madu rozita che wan

Buat Zain dan Che Ta, selamat berbulan madu. Selamat pergi dan selamat pulang nanti. 
Enjoy puas-puas waktu anda di sana.

Linda Onn Akui Kahwini Kerabat Diraja 27 Disember Ini

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan kerabat diraja yang berjaya mencuri hati Linda Onn. Nampak gayanya kita kena tunggu 27 Disember ini untuk melihat wajah suami Linda Onn. Tidak kisahlah kerabat diraja, VVIP atau orang biasa, yang penting masjid yang dibina mendapat restu kesemua pihak dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

linda onn kahwin

Apa pun  respek Linda Onn kerana membuat pengakuan dan mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini. Tak ada dolak-dalik atau cubaan untuk menyembunyikan perkara baik itu. Majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja. Kata Linda menerusi Mstar Online:-
Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah
linda onn

Majlis resepsi bakal diadakan di Kuala Lumpur namun tarikhnya masih dirahsiakan oleh Linda Onn. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Linda Onn bergelar isteri. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar buat deejay ini. Tahniah Linda!!!

Nabila Huda Tinggalkan Pesanan Buat Haters

Ya kalau anda mengikuti Instagram Nabila Huda, pasti anda mengetahui kontroversi yang sedang melanda pelakon ini. Untuk makluman anda, kini Nabila Huda dan anaknya, Keisha sedang bercuti di Bali. Seperti biasa, Nabila sering berkongsi gambar percutiannya bersama anak tercinta menerusi Instagram untuk tatapan para peminat.

instagram nabila huda

Komen yang sering diterima sekiranya meletakkan gambar anak adalah seperti �so sweet�, �comelnya anak awak� dan �like mother like daughter�. Namun dalam kes Nabila Huda, ada beberapa komen yang kurang manis didengar. Digelar sebagai haters, komen-komen yang diberi antaranya menyelar cara didikan Nabila Huda kepada Keisha.

instagram nabila huda

Mungkin bengang dengan komen-komen kurang ajar ini, Nabila Huda meninggalkan satu pesanan panjang lebar buat para hatersnya di salah satu gambar yang dikongsi. Pesanan tersebut berbunyi:-
Dear haters, You can say anything about me, about my weakness, how i treat my daughter, bad or good, or anything. well,right now, I�m in bali and trying my best to spend my holiday with my daughter and we had so much fun here and YOU?you�re still in the same place,scrolling up n down ur smartphone like an idiot and getting angry and jealous with my life.You better go and find yours,LOSER! #Lifeistooshorttogiveafuck
instagram nabila huda

Setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza untuk mendidik anaknya. Bukan hak kita untuk menyalahkan mereka. Namun bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lagi beberapa gambar Nabila Huda dan Keisha bercuti di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda
instagram nabila huda