Sunday 6 December 2015

10 Manusia Solatnya Tidak Diterima Allah

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:


�Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.� -(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:

� 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim

9. Orang-orang yang suka makan riba�.

10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.�

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

�Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah.�

Hassan r.a berkata: �Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.�

Wallahua�lam


credit to:amekaw.com

Gambar Gadis Hisap Rokok Dan Tunjuk Lurah Slamber Kata Bapanya Semak Dan Bodoh

Kadang-kadang takut juga kami tengok tahap daring budak-budak zaman sekarang.Semua benda nak dikongsikan di Facebook.Ada yang tunjuk gambar dalam bilik dengan kekasih, ada tu pula muat naik gambar tangan berlumuran darah baru lepas kena toreh dengan pisau sebagai bukti cubaan bunuh diri sebab marahkan pakwe.

afiqah2

Adik ini pula lain ceritanya. Selamba saja dia mengaku bahawa dia tak ada niat nak sambung belajar pun tapi buat sebab semak dengan perangai ayah dia.Agak kalau ayah dia baca apa perasaan orang tua tu?
Tolong Bagi Tau Ayah Budak Ni Pasal Anak Dia Boleh Tak?
Ok tak payah tengok status yang dia muat naik pun tak apa, cuba bagi ayah dia tengok pula gambar anak dia ni tunjuk lurah dada dan hisap rokok Winston di atas.

Tolong Bagi Tau Ayah Budak Ni Pasal Anak Dia Boleh Tak?Mungkin masa tu baru budak ni akan faham erti penyesalan�

sumber:mynewhub