Akibat kesibukan menjalani penggambaran, Dira tidak menyedari yang dirinya hamil. Terang Dira kepada Kosmo:-
Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku.
Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya.
Sudah tentu saya berasa sangat terkejut dan tidak sangka berbadan dua. Pada masa yang sama agak sedih dan kecewa kerana hasrat untuk mendapat cahaya mata kedua tidak kesampaian. Apa pun, saya tetap reda dengan dugaan ini
Dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan? Di masa hadapan Dira perlu lebih behati-hati dan peka dengan perubahan pada badannya. Kalau agak-agak lambat datang haid, terus buat pemeriksaan yang sepatutnya. Apa pun, takziah buat Dira dan suami. Lepas ini cuba lagi!!!