Monday, 9 December 2013

Laki-Laki Full Movie

Filem ini mengisahkan lima orang yang terperangkap di sebuah pulau terpencil. Razak yang masih tinggal bersama ibunya merupakan seorang kartunis, tetapi syarikatnya muflis dan menyebabkannya kehilangan pekerjaan. Abu seorang chef yang hebat, tetapi kehilangan kekasih dan perniagaannya kepada seorang yang dikatakan teman rapat.

Azman pula adalah seorang pemain bola terkenal, tetapi disingkir kerana tidak berdisiplin. Samad pula adalah seorang pengarah filem yang berlagak dan filem yang diarahnya sentiasa gagal. Jerry adalah seorang penyanyi yang meninggalkan kumpulannya untuk bergerak solo, tetapi akhirnya menyedari dia tidak mampu berbuat demikian. Kelima-lima mereka membuat keputusan untuk menyertai satu kem motivasi, tetapi selepas satu insiden berlaku, mereka terperangkap di pulau terpencil itu.


Kategori: Filem

Tahun: 2013

Tonton ?coming soon

Download ? coming soon

Kolumpo Full Movie

Bercerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur, filem ini membawa penonton ke latar Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita-cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Cerita Pertama:
Kolumpo mengisahkan seorang imigran atau pendatang dari India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh benkrap. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Cerita Kedua:
Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Cerita Ketiga:
Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri yang turut ketinggalan tren yang terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal memberikan mengubah hidup si jejaka muda ini.


Kategori: Filem

Tahun: 2013

Tonton ?coming soon

Download ? coming soon

Cinderella Full Movie

Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.

Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan � di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman?


Kategori: Filem

Tahun: 2013

Tonton ?coming soon

Download ? coming soon

Papadom 2 Full Movie

Mia kini bekerja dengan Jay Rahman, seorang pengarah filem yang terkenal dengan sifat garangnya ketika di lokasi. Saadom pula mendapat tahu bahawa Mia mempunyai teman lelaki dan bercadang untuk berkahwin dengannya. Saadom datang ke KL untuk mengetahui perihal teman lelaki Mia itu. Lalu seperti biasa, Saadom pun memulakan kerja pengintipannya. Seorang demi seorang diintip oleh Saadom. Apakah rintangan yang perlu mereka hadapi? Setujukah Saadom dengan pilihan Maisara?


Kategori: Filem

Tahun: 2013

Tonton ?coming soon

Download ? coming soon